CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 20, 2010

ini aku

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, DIA bagi saya Kaktus berduri. Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi ulat berbulu. Saya sedih & kecewa. Namun kemudiannya, Kaktus itu berbunga, indah sekali. dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah. Indah pada masanya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA beri apa yang kita perlukan. kadang2 kita sedih, kecewa, terluka.... tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita.



Saya hanya manusia biasa
terbias kata dari hati
menilik diri pada cerminan realiti
titis jernih tidak pernah kenal erti kering
setia bertandang kala hati sebu dan sebak
Saya masih lagi manusia biasa
kesilapan sering mengusik ruang
membilang dan menghitung
tulah-tulah kesilapan dulu
mengira-ngira kesal yang berbunga
ada kala ibarat lalang
mengikut saja puput sang angin bertiup
Saya tetap manusia biasa
punya rencah rasa yang berjuta
bersarang, mengikat
menjerat dan terjerat
kelat rasa, pahit mengundang
sakit di kesan, merah mengalir
ria tawa terselit dalam tangis dan lara
kerana
Saya manusia biasa
.

0 comments:

Post a Comment