namun ak sedar, masa tetap msa, ia dtg n pergi.. ia tetap bertemu n tetap akn berpisah, itulah lumrah alam yg tercipta oleh yg Maha Esa. trasa belum puas uk merasai setiap detik yg penah ak lalui dahulu. jika diberi stu pilihan, adakalanya hati ni meronta mahu kembali ke masa lalu.
sebelum terjalinnya pertemuan aku bersama mereka,diriku sewaktu itu bagaikan layang-layang yang tidak bertali.Aku berjalan pada arah yang aku sendiri tidak pasti.Terkapai-kapai aku kelemasan dek kerana arus dan ombak dugaan duniawi.Bercita-cita inginkan jalan kebaikan,inginkan jalan kecintaan,kecintaan pada Allah dan Rasul.Biarpun di dada penuh dengan cita-cita,namun diriku sewaktu itu aku kabur akan perjalanan yang akan kuhadapi.Kabur kerana dosa,kabur kerana nafsu dan kabur kerana godaan syaitan.
Namun begitu,hadirnya mereka umpama membawa sinar baru didalam hidup ku,sinar yang menerangi sejauh perjalanan.Sehingga diriku tidak lagi keseorangan terkapai-kapai.Mereka umpama sebuah kapal di tengah lautan yang menyelamatkan aku dari kelemasan.

Bagaimanakah kehadiran mereka dapat menjadi penawar terhadap kehidupanku yang dipenuhi racun?? Mengapakah kemunculan mereka dalam hidupku telah membuatkan terasa hidup ini sangat bermakna?? Jawapannya hanya satu kalimah.Biarpun hanya satu kalimah,namun disebalik maknawiyyah, ia mampu untuk mengeluarkan seorang manusia yang sedang resah mencari pedoman,mampu menarik tangan manusia dari terus tersungkur di lembah kelalaian,mampu menghulur segunung harapan tatkala diri dihembur kefuturan,mampu menunjukkan jalan kebahagiaan,kebahagian yang hakiki.Itu lah dia kalimah yang bernama UKHWAH.
Nilai ukhwah yang mereka hulurkan kepadaku membuatkan hidupku terasa begitu indah.Begitu aku rasai kuasa ukhwah,kuasa yang mampu melembutkan hati sekeras batu,mendamaikan jiwa yang diulit keresahan.Kerana ukhwah terukir senyum di bibir mereka,kerana ukhwah begitu hikmahnya tutur bicara,kerana ukhwah begitu hebatnya layanan.
Sungguhku tak sangka begitu hebat kuasa sebuah ukhwah.Harta benda bukan jadi nilaian,paras rupa bukan menjadi pilihan.Kerana ukhwah segalanya rela dikorbankan.Tidak dapat aku gambarkan kecintaan aku kepada mereka.Sungguh indah sekali bila berukhwah,berukhwah kerana yang maha Pengasih, yang telah melontarkan mawaddah ke dalam hati setiap insan

Kerinduan hati ku terhadap masa yang pernah aku lalui dahulu kian memuncak.Namun ia telah meninggalkanku,meninggalkan ku keseorangan.Kini,diriku kembali terkapai-kapai,diriku kembali didalam kegelapan.Pandangan ku kembali kabur.keindahan yang pernah ku rasai dahulu menghilang tanpa pesan,menghilang tanpa pedoman
Ya Allah,aku amat berharap agar masa yang telah Engkau kurniakan kepada aku dahulu,kembali menjemputku.Aku terlalu rindu dengan suasana itu.Mereka telah membawa aku mengenal Mu.Telah bersama-sama aku dalam mengejar Cinta Mu.Ya Allah,hadirkan insan seperti mereka yang mampu mentafsirkan makna sebenar sebuah ukhwah yang suci di hati ku,agar jiwaku yang bergelora kembali tenang,agar diriku yang sedang didalam kegelapan kembali diterangi sinar cahaya Mu.
Air mata mula mengalir deras di kelopak mata ku.Inilah air mata kerinduan,kerinduan pada suasana yang telah lama luput dipandangan,namun masih segar di sanubari ku.Aku masih mangharap,agar suasana itu kembali menjernihkan kekeruhan hidup ku..aku amat mengharap..

0 comments:
Post a Comment