CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 5, 2010

dengarlah rayuanku

entah hendak ku mula dari mana, tuk mempersembahkan semua bicara. luahan kata dari sudut jiwa.

yg selalu resah biar wajah nampak ceria,
yg selalu gundah biar ada senyum di hujung kata-kata...

Inilah kata-kata yang terbuku di sudut hati.
rayuan hati seorang hamba..

dalm dunia yg smakin hampir pda penghujungnya, membuatkan ak selalu rasa takut, cemburu & risau.

takut aku, sungguh aku takut memikirkan saat kematianku yg hampir tiba di kala amalanku yg masih sedikit. sedangkan insan lain laju menimbunkan pahala & keredhaanmu wahai Allah.

cemburu ak, sgt cemburu ak tatkala memikirkan, di kala lenaku yg nyenyak, begitu ramai insan lain menggagahkan diri bermunajat tangis merinduimu ya Allah.

risau aku tatkala mengenangkan menghitung jumlah-jumlah hari yg kian pendek, terlalu risau & terus risau dengan kematian yang bakal dtg tiba2 sdgkan diriku masih cetek agamanya membawa amal yang baru 'seciput' & mengheret dosa yang begitu menggunung.

tertanya-tanya ak ada ketikanya;

aduhai Tuhan...

manakah letaknya ak di antara semua hamba-hambaMU..?

lebih rendahkah aku dari taraf sang semut yg tidak pernah berhenti berzikir mengagungkanMu?

atau lebih muliakah sang bulan & matahari yang setia & tak pernah mengingkari perintahMu?

atau tiada langsungkah tempatku dalam rahmatMu?

maka, tanpa dapat ditahan-tahan, jatuhlah air mataku berjuraian bila terkenangkan semua itu.

Wahai Allah..
biar tiada cinta manusia untukku di dunia ini..
akanku cuba sedaya redhakan hati.
asalkan dapat kuraih cinta dariMu.

yg amat mendamaikan,
membahagiakan..
melapangkan semua kesempitan hatiku..
menghangatkan semua kedinginan jiwaku..

kerana cintaMu Allah,
ak bertambah kasih pada RasulMu,
ak bertambah sayang pada agamaMu,
ak bertambah cinta pada ibubapaku..

dan ak berazam akan sedaya menjadi insan yang baik..
untuk meraih tempat yang baik di-sisiMU..
.

dalam kerendahan jiwa, dan kerapuhan iman..
kurayu ampunanMu..

Oh Allah..

Izinkanlah ku huni hati-Mu itu..

0 comments:

Post a Comment