CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 9, 2010

tangisan dri mata ISLAM

bismillahirrahmanirrahim,, dgn namaNYA sy mulakan bicara,,

manusia mempunyai perasaan suka, duka, tawa dan hiba dan sebagainya.
perasaan sedih adakalanya timbul akibat dari gangguan emosi.
justeru itu apabila keadaan ini berlaku, manusia dengan mudah menitiskan air mata.
ada yang beranggapan apabila seseorang itu menangis, ia merupakan suatu
tindakan yang lemah dan tidak menurut ajaran Islam. anggapan ini sebenarnya
tidak tepat kerana Islam sendiri telah menggariskan tangisan yang dilarang
dan dibenarkan.
tangisan boleh dibahagikan kepada dua iaitu tangisan yang berbentuk
negatif dan tangisan yang berbentuk positif. tangisan yang dilarang dalam
Islam ialah tangisan yang berbentuk negatif seperti meraung dan melolong
dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian. tangisan
seumpama ini bukan sahaja di pandang negatif kepada orang yang melakukannya
tetapi juga mayat yang di ratapinya itu juga turut tersiksa.
berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang dikatakan mulia, ia terjadi kerana
cinta dan takut kepada Allah S.W.T.
seorang ulama’ pernah berkata "untuk menangis kerana takut kepada Allah
sehingga air mataku menitis, adalah lebih aku suka daripada aku bersedekah
emas seberat badanku. kerana tidak seorang pun yang menangis kerana takut
kepada Allah kerana sehingga setitis air matanya mengalir jatuh ke atas bumi
, kecuali api neraka takkan menyentuhnya."
antara tangisan atau titisan air mata yang dikatakan positif, mulia dan harus
dalam Islam adalah seperti berikut.

0 comments:

Post a Comment