CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 14, 2010

ak redha

Ya Allah..
Tatkala hati ini mula mgharap..
Kau beri aku satu lagi ujian...
sungguh aku tidak sekuat mana..

Ya Allah,
Tatkala hati ini mula mencipta impian..
Kau lemparkan aku rasa keinsafan & kesedihan..
betapa aku hambaMu.. yg kerdil..

Ya Allah,
Tatkala hatiku ini mula memasang cita2..
Kau sedarkan aku sesuatu..
Betapa aku cuma siapa disisiMu..

Allahuakbar....
apakah yg bakal berlaku ini Ya Allah..
jika inilah ujianMu sebelum aku mdapat nikmatMu yg tidak terhingga itu,
dengan penuh rela & redha hati, maka aku laluinya..


Ya Allah yg Maha Mengasihi..
berikan aku satu hati yg kuat & cekal.. utk aku ampuh semua ini...
kerna hatiku ini hati wanita dan sesekali pasti terbit juga air mata..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Tatkala Kau lemparkan segala rasa ini padaku..
Ku cuba bangkit dalam kelemahanku..
Ku cuba baiki atas apa yg aku mampu..
aku bersedia membaiki & di baiki..

Ya Allah,
aku tetap percaya segala yg terbaik itu pasti dtg pada saat & ketika yg tepat..
Hanya dgn izinMu ianya termakbul..
walau aku sedar aku cuma siapa dikalangan hambaMu, namun hanya kepadaMu aku mohon segala yg terbaik utk semua..

maka sesungguhnya aku redha Ya Allah utk atas apa sekalipun ketentuanMu sebelum & selepas ini.

bgkisan dri seorang teman

0 comments:

Post a Comment